Cara berhadapan dengan trauma anda

Sebagai seorang insan yang biasa dan lemah, saya tidak melalui liku hidup yang indah seperti keluarga lain. Ibu bapa saya telah berpisah semenjak saya sekolah menengah. Dan kadang-kadang saya rasa, wujudkah keluarga Bahagia yang menjanjikan penutup yang menggembirakan seperti diungkap di dalam novel cinta yang kita baca. Saya ada trauma yang masih saya usaha untuk berhadapan dengan setiap hari. Orang cakap masa akan mengubat semuanya. Mari kita ungkap bagaimana cara hendak berhadapan dengan trauma

PAKSA DIRI UNTUK JADI BERANI

Saya tahu apa yang akan saya perkatakan bukan mudah seperti yang kita bayangkan. Tetapi ianya akan mengambil masa untuk jadi berani. Apapun jua berani yang saya maksudkan adalah mengambil langkah perlahan menghadapi sesuatu yang kita trauma atau fobia. Sekiranya anda takut nak naik ke atas pentas. Jadi saya sarankan jangan. Seeloknya, cuba anda persembahkan di dalam kumpulan yang kecil. Persembahkan apa yang anda ingin selama ini seolah-olah ianya pentas mini anda.

CARI KUNCI ANDA

Apa yang saya maksudkan kunci ialah cari kekuatan anda. Kenapa anda masih hidup? Cari sebab kenapa anda masih terus kejar impian anda. Adakah disebakan ibu bapa anda? Pasangan anda? Kerana anda yakin dengan Tuhan? Tutup mata anda dan bayangkan siapa kunci anda. Siapa pembakar semnagat anda. Sekiranya anda ada alasan untuk melalakukan sesuatu percayalah anda seorang yang sangat beruntung dan anda akan harungi trauma anda. Cepat atau lambat.

TOLONG ORANG YAND BERHADAPAN DENGAN TRAUMA SEPERTI YANG ANDA LALUI

Mungkin ayat ini agak mengelirukan anda, tetapi apa yang saya cuba sampaikan disini adalah sekiranya anda berjumpa dengan orang yang melalui cerita seperti anda, maka tolonglah mereka. Contohnya, anda berjumpa dengan mangsa dera dan itu andalah trauma anda, jadi saya berharap anda dapat menolong mereka dengan apa jua cara. Sekiranya, anda menolong mereka secara tidak langsung anda telah menolong diri anda sendiri. Ini kerana anda telah memberanikan diri untuk berhadapan dengan trauma orang lain tetapi ianya sama seperti ketraumaan anda.

UNDUR DIRI

Undur diri ini cenderung kepada mengambil masa untuk anda bersedia menerima segalanya. Lebih-lebih lagi sekiranya trauma anda melibatkan orang lain. Contohnya, seseorang menyakiti anda jadi saya sarankan jauhkanlah diri anda dari berhadapan dengan mereka. Tindakan ini bukanlah dikatakan pengecut tetapi ini adalah untuk kebaikan anda. Suatu hari nanti , jika anda bersedia maka ianya akan pulih seperti sedia kala.

Minta pertolongan dari orang lain

Sekiranya cara-cara diatas tidak maka langkah yang patut anda ambil ialah minta pertolongan orang lain. Sebagai manusia kadang-kadang kita perlu rasa dilindungi oleh seseorang. Ini juga bukan cara pengecut. Percaya kepada seseorang dan yang paling penting percaya kepada diri yang orang yang anda pilih untuk tolong anda  dapat menolong anda mengharungi trauma anda.

Kesimpulannya, trauma dan fobia ialah sesuatu yang taboo. Jarang sekali sesorang menceritakan apa trauma dan fobia mereka kerana ianya dianggap kelemahan. Tetapi kenapa kita hendak menidakkan sesuatu yang jelas? Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing. Dan sematkan dalam hati bahawa, setiap hari kita cuba memperbaiki kelemahan kita dan mempertambahkan kekuatan kita. Akhir kata dari saya, ‘Let’s wandering with me.’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *