pra deploma

PRA DIPLOMA SAINS / PERDAGANGAN

Memandangkan program pra ini tak terkenal macam program lain jadi dalam blog ini saya akan ceritakan lebih lanjut apa itu program pra diploma sains/ perdagangan. Saya adalah bekas pelajar pra diploma sains di UITM Mukah. Sekarang ini saya tengah belajar dalam bidang diploma sains di UITM Kota Samarahan 2. Sekiranya adik-adik tak dapat keputusan yang memuaskan masa SPM dahulu bolehlah ambil pra diploma sains sekiranya adik berkeras nak ambil bidang sains semasa bekerja nanti. Seperti doctor, bahagian makmal, engineer dan mana-mana bidang sains yang adik minat. Dan bukan itu sahaja, sekiranya adik tidak dapat tawaran diploma yand adik mahu, jadi bolehlah ambil pra diploma sains. Semestinya masa diploma adik akan dapat bidang diploma yang adik mahu selama ini. Sama juga untuk bidang pra diploma perdagangan.

Program pra diploma sains ini hanya program selama 6 bulan tapi dengan syarat CGPA mesti 3.0 ke atas untuk pelajar UITM manakala pelajar yang ambil pra diploma sains di university / institusi lain CGPA mestilah lebih dari 3.5 . Namun, sekiranya adik-adik tak dapat melepasi pointer, jangan bimbang adik akan duduk semester 2. Dan percayalah semester 2 jauh lebih senang dari semester 1.

Manakala untuk pra diploma perdagangan adik-adik hanya perlu lepas 2.0 CGPA saja dan hanya ada semester 1. Pra diploma perdagangan ini lebih tertumpu kepada bidang office macam accountant, office management dan sebagainya yang berkenaan.

PRA DIPLOMA SAINS / PERDAGANGAN

Dalam bidang pra diploma sains adik-adik akan belajar basic masa adik form 4 and form 5. Senang saja. Selalunya sem 1 adik-adik boleh dapat CGPA lebih dari 3.5 . Dalam pra diploma sains ini tak silap saya hanya ada 5 subjek saja iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Pre-calculus dan English. Semuanya basic sahaja.

PRA DIPLOMA SAINS / PERDAGANGAN

Manakala untuk pra diploma perdagangan akan belajar mathematics, English, agama, account, dan management. Sama seperti pra diploma sains adik-adik akan belajar basic sahaja dan sangatlah mudah untuk lepas untuk penerapan pra diploma. Dan kawan-kawan saya semuanya lepas pra diploma perdangangan dan dapat sambung ke penerapan diploma. Jadi jangan bimbang kerana sukatan pelajaran sangat mudah dan basic saja.

Kalau mahu ambil pra diploma saya cadangkan ambil di UITM Mukah. DI situ adik akan tahu betapa indahnya alam universiti berbanding UITM lain. Di sana ada tasik dan restaurant di atas tasik.

PRA DIPLOMA SAINS / PERDAGANGAN

Program pra diploma juga sediakan bantuan untuk pelajar yang tak mampu. Jadi jangan bimbang tentang masalah kewangan. Yuran pengajian dan yuran asrama akan dibiayai pihak UITM sepenuhnya. Setahu saya, adik tak dapat memohon pinjaman untuk program pra diploma. Tapi adik boleh  mohon bantuan baitulmal. Program pra diploma juga tidak akan memakan kos yang banyak. Dan adik tak perlu beli buku pun sekiranya adik belajar di UITM Mukah.

Di UITM Mukah adik akan keliru yang mana satu pensyarah dan mana satu pelajar kerana pensyarah akan duduk semeja dengan pelajar dan akan layan kita seperti kawan-kawan mereka. Pensyarah di UITM Mukah akan sedia tunjuk ajar adik adik di sana. Di sana adik akan rasa seperti keluarga kerana mengamalkan konsep kekeluargaan memandangkan majoriti pensyarah dan pelajar datang dari jauh untuk menuntut ilmu dan mengajar ilmu.

PRA DIPLOMA SAINS / PERDAGANGAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *