anxiety

Cara untuk pulih dari anxiety

Saya pasti kali ini, anda tengah berjuang untuk memulihkan diri anda. Saya tak payah cerita, saya faham perasaan anda kerana saya ada pengalaman kena anxiety attack di zaman university dulu. Masa tu, saya hanyalah student diploma sahaja. Sangat tertekan dengan semester 1 kerana perangai manusia masa tu. Saya terlantar di hospital. Doktor kata saya kena pre-stroke. Pergilah xray, MRI scan bagai mereka tidak dapat detect apa-apa abnormal Kemudian, mereka cakap saya lumpuh sebelah badan disebabkan anxiety attack. Doktor cakap saya perlu sokongan dari keluarga. Dan setelah 2 tahun cuba untuk pulihkan diri-sendiri, saya tidak menghidapi anxiety lagi. Tips-tips nya ialah;

Cuba ambil masa untuk luahkan segalanya kepada keluarga anda

Masa tu sangatlah susah untuk saya ceritakan kepada keluarga saya. Ayah saya fikir saya terkena anxiety attack kerana masalah percintaan sedangkan sehari sebelum terlantar kat hospital tu saya kena maki habis-habisan oleh pensyarah kerana menyampaikan maklumat yang salah. Malu sangat kena marah depan seluruh kelas. Course saya ini science, jadi orang akan expect kesempurnaan dari kami. Ada sesetengah ibu bapa ini tidak percaya bahawa masalah mental ini tidak wujud. Saya sarankan tulis surat dengan mereka supaya mereka baca, atau hantarkan pesanan kepada mereka. Sebagai ibu bapa, mereka akan dengar suara anda sekiranya anda tidak berputus asa untuk memberitahu mereka.

Buang kawan toxic

Zaman universiti atau zaman kerja ini paling banyak kawan toxic. ‘Take a step back’ ialah konsep saya untuk mejauhi diri saya dari manusia toxic ini. Mereka nak kata kita sombong, biarlah. Kalau ada sakit hati dan semasa meluangkan masa dengan mereka buat hati anda rasa ketat sangat dan berat jadi anda tahulah apa maksud itu. Mereka tidak baik untuk anda. Mereka hanya memudaratkan anda. Sekiranya, anda kehilangan mereka, anda akan jumpa kawan yang lebih baik nanti. Jangan terlalu berpaut dengan orang yang salah dan tidak peduli pun hal anda.

Ambil masa untuk harungi trigger anda

Bagi sesiapa yang pernah kena anxiety attack ni, pastikan anda tahu apa trigger anda. Contohnya, kalau anda takut nak order makanan dan lalu depan orang ramai, cuba pandang handphone anda atau pandang kasut anda ketika berjalan.

Jangan cerita keperitan anda dengan orang 2 muka

Yang ini paling penting, saat anda menangis, mereka ketawa. Bercerita dengan orang 2 muka ini seolah-olah mencurahkan air di daun keladi. Iada hasil. Mereka akan menceritakan lagi keperitan anda dengan orang lain. Dan saya pernah lalui ini. Ianya adalah salah satu trigger untuk pesakit anxiety ini, makin ramai orang tahu, makin huru hara lah kehidupan pesakit anxiety ini. Jadi carilah orang yang benar ikhlas dengan anda. Yang benar-benar disisi anda susah senang. Anda rasa anda tidak ada sesiapa? Tadahkan tangan, Tuhan sentiasa mendengar. Disaat manusia menutup telinganya, Tuhan sentiasa mendengar anda. Jangan sesakali putus harapan.

Luangkan masa dengan haiwan peliharaan.

Dulu, saya rasa ketika saya membelai kucing saya, saya rasa ringan sikit beban di bahu saya. Kelakar  bukan. Apa yang binatang buat kat kita ye? Tetapi inilah salah satu sebab haiwan ditakdirkan untuk berdamping dengan manusia. Bercakaplah dengan haiwan peliharaan anda.

Image credit: Helpguide

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *