Diploma

Diploma Sains – UiTM

Apa itu diploma sains? Saya pasti tidak semua pernah dengar bidang diploma sains. Diploma sains ini akan memberi adik-adik peluang untuk menceburi bidang doctor sekiranya adik-adik tidak dapat ditawarkan matrikulasi ataupun asasi. Jadi diploma sains akan membantu adik untuk ceburi bidang doctor semasa ambil degree nanti. Bukan sahaja bidang doctor namun adik dapat ceburi mana mana bidang sains seperti engineer, pakar diet, pensyarah, dan sebagainya yang berkenaan dengan sains. Saya sedang belajar diploma sains di UITM KAMPUS SAMARAHAN 2. Dan jangan adik bimbang kerana bidang ini tidak sesusah yang adik sangka. Ianya hanya basic sains. Adik akan belajar calculus, pre-calculus, fizik, bio, kimia, English dan agama.

course outline

Aliran diploma sains

Masa semester 1 hingga 3 adik-adik akan belajar subjek fizik dan biologi. Manakala semester 4 hingga 5 adik akan diberi pilihan samada mahu sambung ke aliran biologi atau fizik. Dan ya diploma sains hanya ada 5 semester dimana adik tidak ada praktikal seperti bidang lain. Majoriti pelajar akan ambil degree selepas diploma sains kerana dalam degree adik akan belajar lebih lanjut lagi tentang bidang yang adik pilih. Untuk menjadi doctor, engineer, pakar-pakar ada syarat-syaratnya terutamanya CGPA adik-adik. Tapi jangan bimbang bidang diploma sains amatlah senang untuk dapat anugerah dekan setiap semester kerana bidang ini sangat senang. Walaupun tidak ada latihan praktikal tetapi adik boleh memohon pekerjaan menggunakan sijil diploma sains. Mana tahu ada rezeki adik-adik. Sekiranya adik menggunakan sijil diploma sains, adik akan dapat jadi pembantu doctor, pembantu farmasi, pembantu makmal, dan sebagainya yang melibatkan pembantu dalam bidang sains.

fakulti

Subjek diploma sains

Diploma sains sebenarnya bidang yang sangat seronok dan senang untuk adik-adik. Jadi sangatlah rugi sekiranya adik melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini. Saya amat sarankan bidang ini kerana ini adalah peluang terakhir untuk adik ceburi bidang kedoktoran dan pergigian. Seperti saya, dari pra diploma sains saya sambung terus ke diploma sains. Bukan itu sahaja, sekiranya adik-adik sudah mengambil diploma sains adik akan dapat skip atau singkatkan masa belajar setahun semasa adik ambil degree nanti. Bukankah itu menarik? Jika adik-adik ambil asasi/matrikulasi adik-adik tidak dapat singkatkan masa belajar semasa ambil degree nanti. Tapi dengan syarat mesti ambil degree di UITM juga sekiranya adik ambil diploma di UITM.

Adik akan belajar subjek yang adik sudah belajar semasa tingkatan 4 dan tingakatan 5. Jadi belajar diploma sains ini macam belajar benda yang adik-adik sudah belajar. Dan adik akan belajar dalam subjek-subjek tersebut dalam sedikit ataupun kita sebut advance sikit.

Sekiranya adik-adik ambil diploma sains ini adik-adik juga wajib mengambil satu subjek iaitu subjek kokurikulum yang digelar ksatria dimana adik-adik akan berkawad seminggu. Akan tetapi sekiranya subjek lain dibuka dan ada kekosongan adik boleh pilih muzik, tarian, public speaking, bomba dan sebagainya macam adik-adik sekolah dulu. Dan subjek ini adik akan ambil sampao semester 3 sahaja supaya adik akan dapat lebih focus semasa semester 4 dan 5. Asalkan adik-adik tidak tersungkur repeat dalam subjek tertentu jadi masa adik belajar akan singkat. Kebanyakkan pelajar diploma sains repeat subjek pre-calculus ataupun calculus. Tapi jangan bimbang ianya sangat senang jika adik- adik usaha dan sangat senang untuk lulus ya adik-adik.

Untuk baca post saya yang sebelum ini mengenai pra diploma sains sila klik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *